Wanita seludup rokok RM51,000

Posted: April 22, 2011 in Berita Dalam Negara

SERDANG: Polis merampas 866 kartun rokok pelbagai jenama bernilai kira-kira RM51,000 serta menahan seorang wanita berusia 30-an yang menyeludup rokok itu dari negara jiran untuk pasaran tempatan di sebuah kedai runcit di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 7 petang kelmarin itu dilakukan hasil maklumat orang ramai dan intipan.
Ketua Polis Serdang, Abd Razak Elias, berkata hasil maklumat orang ramai, pihaknya menyerbu kedai terbabit dan menemui 51 kartun rokok.

Katanya, hasil soal siasat terhadap wanita terbabit, polis menemui stok rokok pelbagai jenama di sebuah rumah kedai kira-kira 100 meter dari kedainya dipercayai sebagai stor penyimpanan.
“Di stor itu, kami menemui 815 kartun rokok pelbagai jenama yang dipercayai disimpan pemiliknya sebelum dibekalkan ke kedai runcit lain,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, suspek dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan membekal rokok seludup kepada kedai lain dan berkemungkinan mempunyai hubungan dengan sindiket penyeludupan rokok haram.

SUMBER: myMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s