Real tebus aib

Posted: April 22, 2011 in Arena Sukan
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

VALENCIA (Sepanyol): Real Madrid menewaskan musuh tradisi Barcelona 1-0 pada masa tambahan final Piala Raja Sepanyol, awal pagi semalam untuk menjuarai trofi itu buat pertama kali sejak 1993 serta mencetuskan pesta sepanjang malam.

Tandukan Cristiano Ronaldo memastikan piala itu dalam genggaman sekali gus memberikan gelaran pertama Jose Mourinho sejak menyertai kelab itu Mei lalu.
Selepas wisel penamat ditiup, peminat Real membunyikan hon kereta, berkumpul di jalanan dan membaluti badan mereka dengan bendera Real dan Sepanyol atau melambai dalam kegembiraan.

Sementara di kawasan tradisi Real meraikan kemenangan iaitu Cibeles Square, muzik bergema sejak awal lagi, lampu menyuluhi logo kelab ke bangunan utama dan peminat berteriak berulang kali: “Juara, Juara.” Minggu lalu Real menyekat kekalahan lima perlawanan berturut-turut di tangan Barca dengan keputusan seri 1-1 pada saingan liga namun pada aksi di Stadium Mestalla mereka ternyata lebih baik dengan memenangi trofi pertama sejak 2008.
Ada dua lagi pertembungan dua seteru itu pada saingan Liga Juara-Juara 27 April dan 3 Mei.
“Kemenangan ini untuk peminat kerana kami tidak beraksi baik sejak beberapa tahun lalu. Mourinho adalah satu fenomena,” kata penjaga gol Real Iker Casillas.

Mourinho mengaku sedikit saja memisahkan kedua-dua pasukan.
“Saya rasa perlawanan ini cukup hebat di mana pemain bekerja keras, memberi tumpuan dan melaksanakan apa yang harus dilakukan,” katanya.

“Barca pasukan yang biasa dengan kemenangan dan apabila tidak menjaringkan gol ia menyebabkan mereka kecewa. Sejak kebelakangan ini saya diberitahu bahawa saya adalah jurulatih yang bagus untuk meraih kejuaraan tapi bukan untuk bola sepak – saya gembira kekal seperti itu. Saya sudah memenangi empat piala di empat negara.” Namun Mourinho tidak percaya kemenangan ini akan memberikan kelebihan pada pertembungan Liga Juara-Juara.
“Masing-masing sudah memenangi satu perlawanan dan seri pada satu lagi aksi musim ini, siapa tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. Saya tidak fikir apa yang terjadi dalam satu perlawanan akan mempengaruhi perlawanan lain.” Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pula berharap pemainnya akan bangkit secepat mungkin.
“Kami tidak bermain dengan baik dan mengawal perlawanan seperti yang kami mahukan serta banyak hilang bola,” katanya.
“Kami perlu bangkit pada perlawanan selepas ini. Pemain Madrid bermain dengan sangat baik pada babak pertama seperti yang saya jangkakan. Ia sistem sama seperti di Bernabeu namun mungkin dengan beberapa pemain berlainan”. – AFP

SUMBER: myMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s