Organ lelaki terjun tingkat tiga diderma

Posted: April 22, 2011 in Berita Dalam Negara

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga seorang pengimpal yang mati terjun dari tingkat tiga rumahnya akibat tekanan perasaan mendermakan organ mangsa bagi meringankan beban individu lain yang kurang bernasib baik.

Pengimpal berkenaan, Chan Shook Hong, 35, yang mengalami tekanan perasaan terjun dari tingkat tiga rumahnya di Blok 9, Taman Jinjang Baru, Sentul, kira-kira 11 pagi.
Keluarga Chan menyatakan niat untuk mendermakan organ mangsa yang boleh digunakan kepada polis.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengimpal itu berada di rumah bersama ayahnya.
“Tiba-tiba mangsa terjun dari beranda ampaian kain di belakang dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa yang cedera di kiri kepalanya meninggal dunia di tempat kejadian 15 minit selepas terjun dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pihaknya tidak menemui kesan pecah masuk atau saksi lain untuk mengaitkan unsur jenayah sebagai punca kematian.
Katanya, punca kematian mangsa belum diketahui, tetapi ahli keluarga memaklumkan mangsa mengalami masalah mental..

SUMBER: myMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s