Lebam balasan berleter

Posted: April 22, 2011 in Berita Dalam Negara

KAJANG: Seorang penganggur sanggup memukul ibu dan kakaknya yang masing-masing berusia 50-an dan 31 tahun angkara tidak puas hati dengan leteran mereka supaya mencari pekerjaan dalam satu kejadian di Batu 9, Cheras, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu menyebabkan dua beranak berkenaan mengalami lebam di badan selepas dipukul suspek yang berusia 20-an.
Difahamkan, pergaduhan berlaku selepas ibu dan kakak suspek menasihatinya supaya mencari pekerjaan selepas menganggur sejak enam bulan lalu.

Sumber polis berkata, akibat dipaksa mencari pekerjaan, lelaki itu mula naik berang lalu bertindak memukul ibu dan kakak perempuannya itu.
“Pada mulanya, kedua-dua mangsa yang juga suri rumah memberi nasihat kepada suspek supaya mencari pekerjaan, namun suspek naik marah selepas leteran berpanjangan.
“Suspek kemudian memukul mereka dengan tangan membuatkan kedua-duanya tidak berdaya untuk melawan,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa merayu supaya suspek menghentikan perbuatan itu bagi mengelakkan kejadian lebih buruk terjadi.
Menurutnya, suspek yang ketakutan terus keluar rumah sejurus kejadian.

“Mangsa yang mahu melindungi diri membuat laporan di Balai Polis Batu 9, kelmarin kira-kira jam 12.30 tengah hari,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

SUMBER: myMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s