Terdesak cari teman baru

Posted: February 15, 2011 in Berita Antarabangsa

LONDON: Ketika kebanyakan pasangan kekasih di Britain membaca kad Valentine mereka, semalam, terdapat seorang gadis yang patah hati.

Teman lelaki Janie Brown, Steve mengakhiri perhubungan mereka selama enam bulan, semalam. Janie yang tidak mahu kesedihannya berlarutan memutuskan untuk mencari pasangan baru bagi bertemu janji segera.
Gadis berusia 20 tahun yang belajar pengajian Sejarah di Universiti Birmingham itu membawa kertas kadbod yang tertulis luahan kesepian hatinya yang digantungkan pada tubuhnya sambil berdiri di tepi jalan raya.

Janie berkata dia tidak mahu menghabiskan hari Valentine sendirian kerana akan membuatnya tertekan dan memikirkan mungkin orang yang lalu-lalang akan bersimpati dengannya.
“Teman lelaki saya meninggalkan saya semalam dan saya rasa daripada bersedih di rumah sepanjang hari lebih baik saya keluar dan mencari pasangan.
“Saya bukan seorang yang bodoh. Tiada siapa mahu bersendirian pada hari Valentine,” ujarnya.

 

Sumber: myMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s