Ronaldo umum persaraan

Posted: February 15, 2011 in Arena Sukan

 

RIO DE JANEIRO – Bekas penyerang Brazil, Ronaldo akhirnya mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak semalam.

Pemenang anugerah pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali yang sudah berusia 34 tahun itu masih mempunyai kontrak bersama Corinthians sehingga akhir tahun ini.

Begitupun, Ronaldo memilih untuk bersara awal setelah pasukan itu tersingkir mengejut pada saingan Piala Libertadores selain didesak para penyokong kelab itu.

Menurut Ronaldo, masalah kecederaan berulang menjadi faktor utama dia membuat keputusan itu.

“Saya tidak mampu menahannya lagi. Saya cuba meneruskannya tetapi mendapati saya tidak mampu lagi.

“Saya cuba melakukan gerakan berkesan ketika perlawanan tetapi apa yang mahu saya lakukan tidak dapat dibuat. Jadi masanya sudah tiba,” kata Ronaldo.

Sepanjang kariernya, Ronaldo telah menjaringkan lebih 400 gol termasuk rekod 15 gol pada pusingan akhir Piala Dunia.

Ronaldo hanya menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan langsung ketika Brazil menjuarai Piala Dunia 1994 tetapi muncul penjaring terbanyak ketika Brazil menjuarai kejohanan itu pada 2002.

Ronaldo dijangka akan kekal di Corinthians dengan peranan baru di bidang pentadbiran kelab itu.

Antara kelab yang pernah diwakili Ronaldo ialah Cruzeiro, PSV Eindhoven, AC Milan, Inter Milan, Barcelona, Real Madrid dan Paulista. – Reuters

 

SUMBER: KOSMO!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s