Mayat penyedut pasir dijumpai terapung

Posted: February 15, 2011 in Berita Dalam Negara
15/02/2011 1:55pm

 

MACHANG – Mayat seorang pekerja penyedut pasir sungai yang lemas ketika bekerja di pengkalan Pasir Kampung China, sejak dua hari lalu dijumpai di Sungai Kelantan di Kampung Kemubu, hari ini.

Pegawai Penjaga Bomba dan Penyelamat Machang, Mohd. Fauzi Che Omar berkata, mayat mangsa, Hasmuri Jamaluddin, 20, ditemui pada 11.15 pagi oleh unit skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan yang melancarkan gerakan itu dengan kerjasama polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sejak Sabtu lepas.

Beliau berkata, mayat mangsa itu dijumpai dalam keadaan terapung oleh anggotanya yang memulakan gerakan tersebut sejak pukul 8 pagi tadi iaitu kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa terjatuh.

“Kita akan membawa mayat mangsa di khemah sementara di Pengkalan Pasir Kampung China itu sebelum dihantar ke Hopsital Machang untuk pemeriksaan doktor,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s