Bapa MJ bantu Vietnam

Posted: February 15, 2011 in Berita Antarabangsa

HANOI: Bapa Michael Jackson semalam membantu melancarkan kerja-kerja pembinaan sebuah kompleks hotel dan hiburan bernilai RM6.1 bilion yang dianggap Vietnam sebagai projek pelancongan terbesar di Asia Tenggara.

Dinamakan sebagai Happyland, Joe Jackson berkata, dia melabur dalam projek hotel lima bintang itu sebagai menyambung legasi anaknya.
Bercakap kepada televisyen Vietnam, Jackson berkata, ketika Michael hidup, Raja Pop itu berusaha membuat orang lain gembira.

“Saya berbangga kerana mampu mengekalkan usaha itu dengan membuat warga Vietnam lebih gembira,” katanya.
Michael Jackson disahkan meninggal dunia akibat pengambilan ubat berlebihan pada 2009.
Happyland itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan utama Vietnam di selatan wilayah Long An.

Pelabur utama, Khang Thong Group, turut membandingkan Happyland dengan dua lagi pusat hiburan terkemuka dunia, iaitu Disneyland dan Universal Studio.
Kata Jackson, dia bercadang mempromosi projek itu kepada kenalannya di seluruh dunia bagi membolehkan orang asing lebih memahami Vietnam.

Dilengkapi 1,000 bilik hotel yang dibangunkan hasil pelaburan wang Jackson, Happyland turut menyediakan taman tema air, studio filem, restoran dan pelbagai kemudahan lain.
Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Thien Nhan, berkata Happyland dijangka dibuka pada 2014.
“Ia akan menarik 14 juta pelawat setahun, termasuk tiga juta warga asing,” katanya. – AFP

 

Sumber: myMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s