Bahaya fahaman agama ekstrem

Posted: February 15, 2011 in Berita Dalam Negara

NAJIB berbual dengan sebahagian pemimpin agama pada majlis sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perbezaan agama bukan menjadi punca ketegangan di sesebuah negara sebaliknya ia disebabkan oleh kefahaman agama yang ekstrem.

Perdana Menteri berkata, jika fahaman itu tidak ditangani, tidak kira apa jua agama, ia akan membawa kesan buruk kepada sesebuah negara dan manusia sejagat.

“Saya sedar ada juga ancaman dalam proses ini (mewujudkan negara yang aman), (wujud) fahaman dan pemikiran yang berbentuk ekstrem.

“Pemikiran ekstrem inilah yang mendorong saya untuk mencadangkan pembentukan Pergerakan Kesederhanaan Sedunia pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu.

“Saya percaya inilah saja jalan ke hadapan yang boleh menyelamatkan dunia bukan sahaja negara kita tetapi ketegangan di banyak tempat,” katanya pada majlis bersama pemimpin-pemimpin agama sempena sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

SUMBER: KOSMO!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s