7 pasangan berciuman lebih 33 jam

Posted: February 15, 2011 in Berita Antarabangsa

PATTAYA: Ia adalah satu kucupan paling lama dalam sejarah manusia di dunia ini.

Tujuh pasangan berkucupan lebih daripada 33 jam bagi meraikan hari Valentine di bandar peranginan di wilayah selatan Thailand yang didakwa penganjur ciuman paling lama pernah direkodkan.
Menurut Rekod Dunia Guiness, rekod terdahulu – selama 32 jam 7 minit dan 14 saat – dilakukan pada 2009 oleh pasangan di Jerman. Seramai 14 pasangan Thai menyertai pertandingan itu yang bermula jam 6 pagi kelmarin. Pada tengah hari semalam, separuh daripada pasangan itu masih berkucupan di koridor sebuah pusat beli-belah di mana ada pelancong yang melopong dan tersenyum melihat mereka sambil yang lain mengambil gambar melalui telefon bimbit mereka.

“Kami tidak fikir kami akan menemui sesiapa yang akan memecahkan rekod,” kata Pengurus Muzium Louis Tussaud’s Waxworks di Pattaya, Somporn Naksuetrong yang menganjurkan pertandingan itu. Namun, tujuh pasangan berjaya melakukannya dan ia sangat mengagumkan,” tambahnya.

 

Sumber: myMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s