1,000 layang-layang diterbangkan di Pasir Gudang

Posted: February 15, 2011 in Berita Dalam Negara

PASIR GUDANG: Mulai esok, ruang udara Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang di sini, bakal diceriakan dengan kehadiran layang-layang pelbagai warna dan bentuk hasil kreativiti hampir 1,000 pelayang tempatan dan antarabangsa.

Fenomena indah itu hadir setahun sekali dalam Kalendar Pelancongan Negeri Johor menerusi Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali ke-16 yang dijadualkan berlangsung bermula 16 hingga 20 Februari ini.
Acara pelancongan anjuran Kerajaan Negeri Johor itu mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG); Jabatan Pelancongan Negeri Johor; Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Johor; Jabatan Pelajaran Negeri Johor; Majlis Pelayang Malaysia; dan Persatuan Pelayang Johor. Bersempena dengan acara berprestij itu, MPPG merangka pelan istimewa buat pengunjung dengan menganjurkan program Malam Kebudayaan.

Antara yang dijangka menarik perhatian ramai adalah pertandingan Suara Emas Pasir Gudang dan persembahan artis tempatan.
Sebagai pembuka acara di sebelah malam, pengunjung berbakat boleh mencuba nasib menerusi lontaran vokal terbaik ketika ujian saringan pada jam 8 malam esok.
Penyertaan dibuka kepada individu berminat termasuk warga Singapura dan Indonesia berumur 12 tahun ke atas.

p/s: Johor memang best!!

 

Sumber: myMetro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s