Valentines Day, 99% Melayu Suka Merogol!!

Posted: February 14, 2011 in Berita Dalam Negara

Hari kekasih telah sampai,dalam minggu ini kebanyakkan melayu mula tergedik-gedik dengan pasangan ingin meraikan sebagai tanda cinta.Mula mencari tempat line clear di hotel,taman bunga,tempat rekreasi,alasannya tak ingin diganggu untuk suasana romantis.


Maka bila dah berdua-duaan mulalah tercantum sperma..haha..

kalau kat barat sana xper..lahir anak luar nikah..x malu..malah bangga,ada yang leh masuk suratkhabar,sbb dipuji,kecik2 dah boleh lahir baby,boleh jadi bapa..
kat Malaysia,heh..kena pulau,kena hukum.

Lepas pada ni ramai la jumpa bayi2 tak bersalah kat tong sampah,kat surau,ada yang hidup (sebelum tu menderita digigit semut/kelaparan)ada yang mati,ada yang bercerai badan kerana digilis tong sampah,tak kurang juga santapan anjing2 lapar.

Cara purata setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, sebanyak 1,800 kes rogol dilaporkan di negara ini dengan 90 peratus daripadanya membabitkan golongan Melayu, kata penganalisis jenayah kebangsaan, Kamal Affandi Hashim.

Bagaimanapun, beliau berkata meskipun 90 peratus daripadanya merupakan golongan Melayu tetapi ia tidak harus dipandang negatif kerana ia menunjukkan sikap keterbukaan golongan itu yang berani tampil melaporkan kes rogol yang berlaku terhadap diri mereka.

“Ada yang memandang negatif apabila kes rogol yang melibatkan golongan Melayu mencatatkan peratusan paling tinggi.

“Sedangkan masyarakat perlu mengetahui bahawa jumlah peratusan yang tinggi itu adalah kerana keberanian golongan Melayu yang bersedia melaporkan sebarang kes rogol yang berlaku tidak kira membabitkan ahli keluarga atau diri sendiri yang secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan kes rogol yang dicatatkan adalah membabitkan golongan itu,” katanya kepada pemberita selepas Program Bengkel Keselamatan Diri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Sambil menyifatkan peratusan yang tinggi itu bukan kerana kaum itu sahaja yang terdedah kepada kes rogol, Kamal Affandi berkata kaum Melayu kini semakin terdidik berikutan menerima pelbagai program kesedaran dan motivasi pentingnya menjaga kehormatan diri dan berani mempertahankan diri yang seterusnya meruntuhkan tembok rasa “malu” yang banyak membelenggu golongan itu selama ini.

Kamal Affandi berkata beliau percaya banyak kes rogol yang berlaku membabitkan kaum lain tetapi tidak dilaporkan atas sebab dan kekangan tertentu.

“Jawapannya mudah, kempen yang dibuat sebelum ini dalam bahasa kebangsaan dan majoritinya orang Melayu yang hadir mendengar ceramah dan motivasi itu, orang Melayu telah terdidik dengan bantuan dan perlindungan undang-undang mereka. Mereka semakin percaya kepada sistem keadilan jenayah dan kaum lain mungkin masih belum menganggap ianya (system jenayah) penting,” katanya.

Justeru, katanya, badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara perlu mencari inisiatif untuk mewujudkan program motivasi yang sama kepada kaum lain di negara ini bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai jenayah rogol dan sistem perundangan di negara ini yang diwujudkan untuk melindungi setiap kaum yang teraniaya.

“NGO perlu melakukan sesuatu, sebagai contoh kalau ceramah itu perlu dibuat dalam bahasa Tamil, buatlah dalam bahasa berkenaan agar ianya (maklumat dan pendedahan) akan lebih ‘sampai’ kepada golongan dan kaum yang disasarkan.

“Sebelum ini pun kita lihat kalau ada pun program motivasi mesti ianya dibuat di tempat-tempat yang sofistikated, ada media yang membuat liputan, jarang-jarang yang sanggup pergi ke estet sebagai contohnya untuk memberikan ceramah atau motivasi, bagaimana motivasi itu akan sampai kepada semua kaum,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai rogol yang kini banyak membabitkan golongan kanak-kanak, Kamal Affandi berkata sangat sukar untuk memberi pendedahan dan didikan kepada golongan itu kerana mereka masih terlalu kecil dan tidak memahami apa yang disampaikan.

“Untuk kanak-kanak terutama di usia tiga sehingga tujuh tahun memang sangat sukar kita nak terangkan kepada mereka tentang menjaga keselamatan diri sebagai contoh mereka berada di rumah sendirian dan kita memesan kepada mereka supaya jangan memberitahu sesiapa bahawa dia berada berseorangan sebaliknya memberitahu berada bersama ibu bapa, tetapi mereka (kanak-kanak itu) akan berkata kenapa perlu menipu, kerana menipu itu adalah satu perkara yang tidak baik,” katanya.

Justeru, beliau berkata masyarakat perlu mencari ruang lain untuk mencipta langkah keselamatan terhadap golongan kanak-kanak antaranya mewujudkan kaunseling masyarakat.

Melaluinya, beliau percaya masyarakat terutama jiran tetangga akan menjadi lebih prihatin dan menjadi mata dan telinga kepada masyarakat yang lain terutama golongan kanak-kanak yang perlu diberi perhatian setiap masa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s