Restoran salai daging babi secara terbuka

Posted: February 14, 2011 in Berita Dalam Negara

SEORANG pekerja menyalai daging babi secara terbuka di belakang sebuah restoran di Rawang semalam.

 

RAWANG – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) digesa mengambil tindakan tegas terhadap sebuah restoran di sini yang didakwa menjalankan aktiviti memotong dan menyalai daging babi secara terbuka sejak dua minggu lalu.

Aktiviti pemilik restoran tersebut didakwa tidak menghiraukan sensitiviti orang awam terutama pelanggan di restoran Melayu yang terletak berhampiran dengan restoran tersebut.

Seorang pembantu kedai, Hanipah Rahman, 35, mendakwa selalu melihat beberapa pekerja di restoran terbabit menjalankan aktiviti tersebut di belakang restoran berkenaan.

“Sebelum ini aktiviti itu bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam dan kadangkala menjangkau sehingga pukul 11 malam tetapi hari ini (semalam) mereka memulakan aktiviti itu sejak pukul 9 pagi lagi,” katanya di sini semalam

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…a&pg=ne_07.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s