Hari Tanpa Beg Plastik diperluas ke pasar tani

Posted: February 13, 2011 in Berita Dalam Negara

PUTRAJAYA— Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperluaskan kempen ”Hari Tanpa Beg Plastik” ke pasar-pasar tani seluruh negara mulai April ini, dengan Putrajaya dijadikan sebagai perintis.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata sebelum kempen itu dilaksana, kementerian terlebih dahulu akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak terbabit, terutama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

“Kita juga akan mengadakan dialog dengan peniaga yang terlibat bagi memberi penerangan mengenai kempen itu serta mendapatkan maklum balas daripada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan baru pasar mini 99 Speedmart di sini hari ini.

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bermula secara rasmi 1 Jan lepas, iaitu beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di semua pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara pada setiap Sabtu.

Ia diadakan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dalam usaha memelihara alam sekitar, dan mereka yang masih mahukan beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen setiap satu pada hari itu. — Bernama

 

 

SUMBER: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…i&pg=bt_04.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s