Cara Mandi Hadas

Posted: June 17, 2011 in Agama

 

Macamana kah cara mandi wajib lelaki yang betul? ada kah menggunakan hos sambil berniat membersihkan badan dikira sah sebanyak tiga kali dilakukan..

 

sebagai pengetahuan kita semua. Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :

“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh”.

Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Al-Maidah : 6)

Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.

Perkara-perkara yang mewijibkan mandi

  1. Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  2. Keluar mani walaupun sedikit.
  3. Mati melainkan mati syahid.
  4. Keluar haid bagi perempuan.
  5. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  6. Wiladah atau melahirkan anak.
Fardhu mandi

Pertama :

Niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi

    1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.
    2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
    3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

 

    1. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.

 

    1. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

 

  1. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  2. Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  3. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
Saya rasa ini sahaja untuk perbahasan bab mandi hadas bagi lelaki dan perempuan. Maaf saya menulis artikel ini dengan ringkas dan menggunakan teknik penulisan poin sahaja. Jika ada apa-apa persoalan boleh kemukakan di ruangan komen dibawah ini. Insyaallah saya akan menjawabnya jika masa mengizinkan. Anda juga boleh menyemak di kitab-kitab fiqh, bab bersuci, bahagian mandi.

Telefon Rooney kena ceroboh

Posted: April 30, 2011 in Arena Sukan

LONDON: Penyerang England, Wayne Rooney kelmarin berkata pihak polis menunjukkan dokumen yang menunjukkan telefonnya mungkin diceroboh.

Akhbar melaporkan pemain Manchester United itu adalah sebahagian orang terkenal yang mungkin mel suara mereka dipintas wartawan News of the World. Akhbar itu menulis beberapa berita ekslusif mengenainya pada 2005 dan 2006.
“Detektif dari Scotland Yard berjumpa saya dan menunjukkan beberapa dokumen, seperti sebuah akhbar sudah menceroboh telefon saya? Sangat terkejut,” kata Rooney di laman Twitter dengan nama Wazzaroon08.

“saya akan mendapatkan bantuan peguam untuk menanganinya,” katanya pada satu mesej selepas itu.
Jurucakap Rooney, Ian Monk mengesahkan Wazzaroon08 adalah laman Twitter milik Rooney yang sebenar namun enggan mengulas lanjut.
Awal bulan ini, akhbar itu sebahagian daripada Rupert Murdoch News Corp memohon maaf kepada lapan individu termasuk pelakon Sienna Miller kerana mencerobohi mel suara mereka untuk mencari berita.- Reuters

Sumber: myMetro

JOHOR BAHRU: “Saya berniat terjun bangunan dari tingkat 14 kerana tertekan dengan tindakan suami berhutang RM100,000 daripada along hingga kehidupan saya diganggu setiap hari.

“Ketika itu saya sarat mengandung tujuh bulan dan tidak tahu ke mana hendak mengadu, tetapi ketika berada di dalam lif hati berdetik supaya Tuhan tunjukkan jalan sebelum terlintas satu cahaya putih dan bisikan menasihati saya pulang ke rumah serta minum air kosong, tidur dan masalah akan selesai,” kata mualaf, Nurul Hidayah Abdullah, 40.

Dia yang juga ibu tunggal lima anak itu berkata, selepas itu niat untuk terjun bangunan dilupakan, sebaliknya keajaiban berlaku apabila fikirannya kosong manakala hati tenang sebaik terjaga daripada tidur keesokannya.

“Sejak itu hati bertambah yakin mengenai kebesaran Tuhan kerana sewaktu meminta petunjuk, saya menyebut nama Allah kerana sejak kecil mengetahui sedikit sebanyak mengenai Islam melalui pelajaran di sekolah.

“Selepas yakin dengan jalan yang dipilih saya nekad memeluk Islam walaupun ibu dan ayah serta adik-beradik menentang keras,” katanya.

Sumber: myMetro

Trump Mahu Jajah Iraq

Posted: April 30, 2011 in Berita Antarabangsa

LAS VEGAS: Donald Trump berkata beliau akan mengenakan levi 25 peratus terhadap semua barangan yang diimport dari China, menjajah Iraq supaya Amerika Syarikat dapat menguasai minyaknya dan mengenakan bayaran terhadap Korea Selatan kerana menempatkan tentera Amerika di negara itu, jika beliau menjadi presiden.

Pengusaha hartanah yang kaya raya itu berkata demikian ketika berucap kepada lebih 1,000 penyokong Republikan di Las Vegas, semalam.
Beliau belum mengumumkan secara rasmi untuk menjadi calon parti itu dalam menentang Presiden Barack Obama pada pilihan raya 2012, tetapi berkata, beliau akan berbuat demikian dalam masa terdekat. “Apa yang dilakukan oleh China ialah memanipulasikan mata wang mereka. Saya akan memastikan mereka berhenti berbuat demikian jika saya jadi Presiden. “Opec (Pertubuhan Negara Pengeskport Minyak) pula menaikkan harga minyak sesuka hati. Kenapa? Kerana tidak ada orang di Washington yang berani berkata: ‘Kamu tidak boleh naikkan harga,” katanya.

Trump, 64, dianggap bakal calon Repulikan yang baik di kalangan penyokong parti itu walaupun ramai pemerhati politik tidak memandang serius padanya.
Ahli perniagaan itu juga berkata, jika beliau menjadi presiden, beliau tidak akan mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Iraq sebaliknya akan terus menjajah negara itu untuk menguasai minyaknya. – AP

Sumber: myMetro

Harus Nikah

Posted: April 30, 2011 in Agama

Soalan:

“ADAKAH seorang lelaki boleh bernikah dengan anak perempuan kepada sepupu perempuannya? Adakah hubungan antara lelaki dengan wanita itu adalah mahram dan haram bernikah? ”

Jawapan:

“Jika perkahwinan antara seseorang lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan sepupu adalah harus, maka hukum yang jatuh kepada anak sepupu berkenaan juga adalah harus.
Mereka bukanlah mahram dalam erti kata wanita yang haram untuk dikahwini oleh seseorang lelaki yang sudah cukup syarat.

Hubungan yang haram untuk dikahwini adalah anak saudara kandung saja iaitu anak kepada adik dan kakak atau abang kandung kepada seseorang lelaki dan bukannya anak saudara sepupu.”

Assalamualaikum… Hari ni saya nk share kn sedikit cerita berkenaan istana Negeri Johor yang hilang yg terletak d Singapura, cerita ini saya dapat dari blog seorang teman saya. untuk pengetahuan semua, istana tersebut bukanlah istana rasmi tetapi ia hnyalah istana singgah.. Terdapat dua buah istana iaitu Istana Woodneuk & Istana Tyresall. istana tersebut didiami oleh baginda Sultan Sultan Abu Bakar satu ketika dulu. Untuk pengetahuan anda juga, istana ini tidak di tempatkan di dalam mana2 peta kerana ia adalah tempat larangan dan juga tempat rahsia.. di sini saya sertakan gambar istana tersebut sebelum ia ditinggalkan..

dulu

di bawah ni pula, saya sertakan gambar terkini istana tersebut..


Inilah gerbang berpagar menuju ke Istana Woodneuk yang dapat dilihat dari Tyresall Avenue.

    
Disebelah kanan tiang gerbang inilah adanya ruang kecil untuk masuk kebelakangnya


Setelah berjalan selama 5 minit maka kita perlu menaiki bukit kecil ini sebelum dapat melihat Istana Woodneuk.


Kelihatan runtuhan bangunan Istana Woodneuk setelah menaiki bukit kecil yang dikepong.


Inilah runtuhan istana yang pernah didiami oleh Sultan Abu Bakar satu ketika dulu.


Kelihatan aras 2 istana ini musnah namun beberapa bahagian yang lain masih kelihatan utuh.

Ingin saja kita masuk ke dalam istana ini andai tiada yang menghalang memandangkan kita tertarik dengan pemandangan dari pintu utamanya yang menampakkan tangga indah menuju aras 2 istana itu.

    


Sedang kita mengambil gambar runtuhan dari luar bangunan istana ini, seorang pekerja binaan menyuruh kita pergi dari kawasan itu kerana kita fahami ia adalah tempat larangan dan tempat rahsia kerana kawasan istana itu tidak tertera pada mana-mana peta rasmi, melainkan pada buku-buku lama yang tertentu.


Kelihatan ‘balcony’ istana yang dihiasi dengan ‘railings’ bercorak mewah.


Kelihatan ada sofa kuning yang buruk di hujung dewan aras 1 istana yang barangkali salah satu tinggalan.


Kawasan belakang istana yang barangkali bahagian penanggahan.


Masih ingin kita kaji lagi tentang sejarah istana usang ini pada masa akan datang, insyaallah.


Dari belakang pagar yang menuju ke istana.

Walau bagaimanapun, terdapat juga
individu yang mengatakan istana2 di ats adalah bukan Istana Tyresall tetapi Istana Istana Woodneuk.
entah mana yg betul pn saya xpasti.. Ape2 pn, terima kasih kerana membaca. ada banyak lagi yang ingin saya kongsikan tapi xsempat…

p/s: kalau nak baca lagi tentang Kesultanan dan warisan johor, leave ur comment here..

Iblis dan Semangat Perkauman

Posted: April 22, 2011 in Agama

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

(Surah Al-Baqarah: 34)

Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali Iblis. Dia berkata: “Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?”
Dia (Iblis) berkata: “Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.”
Tuhan berfirman: “Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.”
(Surah Al-Israa’: 61-63)
Saya masih ingat, sewaktu masih di tadika dahulu, antara kisah para Nabi yang selalu diceritakan oleh ustazah ialah kisah Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa digoda Iblis. Kisah yang dihuraikan secara ringkas di dalam Al-Quran ini boleh dibaca secara terperinci di dalam kitab Injil Perjanjian Lama dalam bab Genesis.
Menurut riwayat, sebaik sahaja Tuhan selesai menciptakan Adam di syurga, telah diperintahkan olehNya seluruh malaikat agar sujud sebagai tanda memuliakan dan menghormati Adam selaku makhluk baru yang bakal ditabal menjadi khalifah di muka bumi. Para malaikat kesemuanya taat dan sujud sebagaimana yang diperintahkan Tuhan. Pun begitu, terdapat satu malaikat bernama Iblis yang enggan menuruti arahan tersebut.
Ketika disoal oleh Tuhan sebab mengapa sang Iblis enggan tunduk sujud kepada Adam, Iblis dengan angkuh mempertikaikan perintah Tuhan dengan mendakwa adalah tidak layak bagi dirinya untuk sujud kepada Adam memandangkan dia dicipta daripada unsur api sedangkan Adam dicipta oleh Tuhan dengan menggunakan unsur tanah. Iblis mendakwa dirinya (yang dicipta dari api itu) lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding Adam. Kesan daripada keangkuhan dan sifat taksub terhadap unsur kejadiannya itu, maka Iblis diusir keluar dari syurga dan digolongkan oleh Tuhan sebagai kafir.
Dahulunya sewaktu kecil saya hanya melihat skop kisah ini sebagai sebuah cerita tentang bagaimana bermulanya permusuhan antara umat manusia dengan Iblis. Iblis, dek kerana keangkuhan akan asal usul kejadiannya telah dilaknat dan diusir oleh Tuhan dari syurga. Dan sehingga kini, dendam Iblis terhadap keturunan Adam masih membara dengan ikrarnya untuk terus menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat.
Semalam, melalui satu perbincangan bersama dengan seorang teman, saya mulai memahami konteks sebenar kisah ini. Iblis, sebetulnya merupakan seorang rasis dan terlalu taksub dengan unsur kejadiannya iaitu api. Beliau melihat bahawa unsur (baca: bangsa) selain api adalah hina dan rendah martabatnya maka dari itu beliau berasa angkuh dengan bangsanya sendiri sehingga menyebabkan beliau tidak mahu sujud menghormati Adam yang berunsur tanah. Maka, dari pengamatan saya, tidak salahlah kiranya saya mengangkat Iblis sebagai Bapa Perkauman yang pertama dalam sejarah.
Jika diperhatikan kisah dari Al-Quran ini dengan situasi semasa di Malaysia, jelas Iblis mempunyai ramai pengikut yang begitu taksub dan fanatik dengan kaum dan bangsa mereka. Mereka yang tebal semangat perkauman ini mendakwa bahawa mereka mempunyai hak keistimewaan dan bersifat dominan melebihi bangsa-bangsa lain. Apakah kita tergolong dari golongan yang taksub dan angkuh ini? Dan mahukah kita mengikut jejak langkah Iblis yang dilaknat dan dikafirkan oleh Tuhan gara-gara kesombongan dan semangat perkauman yang menebal dalam dirinya?
Apakah ajaran Islam Hadhari mengajar kita menjadi rasis dan bersifat angkuh serta taksub terhadap bangsa kita sendiri? Jika Iblis disingkir dari syurga kerana angkuh dan bersifat rasis, maka layakkah kita yang ikut menuruti sikap Iblis ini bercakap soal Islam dan kemuliaannya?
Jika anda mahu menjadi rasis dan taksub dengan bangsa anda, berwaspadalah kerana Iblis disingkir dari syurga dan bakal dihumban ke neraka disebabkan keangkuhannya dan ketaksuban terhadap unsur kejadiannya (baca: bangsanya) sendiri.